Saturday 26 November 2011

menyampah!

PAGI-pagi lagi sudah menghadap muka client yang banyak cerita dan cerewet membuatkan aku runsing hari ini. tambah pula dengan keadaanku yang sedang berbadan dua. eh! silap! keadaanku yang sedang datang bulan ni! aku ketawa dalam hati. masalah...memang masalah di mana aku perlu menghadap muka client dengan si Faris. heii! siapa tak gila dibuatnya kalau keluar dengan si Faris tu!

sepanjang perjalanan untuk pulang ke pejabat, aku mendiamkan diri di sebelah Faris. Faris sahaja yang kelihatan masih bertenaga dengan bersiul-siul keriangan mengikut alunan muzik di corong radio. ish, menyampah aku! apabila simpang ke pejabat sudah hampir, aku tidak perasan yang dia tidak memberi signal untuk memasuki simpang . aku hanya terkejut apabila kereta meluncur laju tanpa memasuki simpang tersebut. aku mula menoleh ke arahnya. marah! "ni nak ke mana ni?" laju mulutku marah-marah. "pergi lunch lah. ape lagi?" selamba Faris menjawab. gila ke dia ni pandai-pandai buat keputusan untuk aku? sudahlah aku sudah berjanji dengan Hakim untuk lunch bersama-sama. "hey, you ni kenapa tak bersopan huh? you ada tanya i ke nak makan dengan you ke tak? i nak makan dengan orang lain, tahu tak??" tempikku. tiba-tiba anginku naik. memang silap besarlah kau kacau hidup aku, Faris!


"masalahnya, i tak tahu pun you nak keluar dengan orang lain," selamba lagi Faris menjawab. kemudian, dia menyanyi-nyanyi lagu yang terpasang dari radio. aku terus menutup radio. senyap! "hey, what's your problem huh?" tanyaku . mataku menikam wajahnya yang sungguh selamba.
dia mengerling ke arahku seketika dan tersengih. "nothing. no problem. i cuma nak bawak you lunch. itu je. " kata-kata Faris mengganggu gegendang telingaku. memang boleh berlubang gegendang telingaku kerana marahkan dirinya. aku mendengus. aku terus mencari-cari handphoneku di dalam handbag. cukup pantas, aku menghantar sms kepada Hakim.

"weh, Hakim. i'm sorry x dapat lah lunch dgn kau hari ni. sorry eh?"

punat send ditekan. geram bukan main lagi ni! Faris memang melampau! "you memang..." baru sahaja aku mahu menyembur Faris, handphoneku berbunyi. satu mesej diterima. tak jadi aku menyembur Faris.


"busy ye? hurm.. okay, take care. makan tau, jgn skip your lunch. take care!"


aku terus membalas mesej tersebut.


"okay, kau pun jgn skip lunch. take care too.. bye!"


"okay, dah sampai!" kata Faris dan terus mematikan enjin kereta. aku mendengus. benci! aku akhirnya melangkah membuntuti Faris dari belakang. apabila makanan sampai, aku makan dengan perlahan-lahan. tiada mood untuk makan. perut seperti sebu. hilang selera. semua gara-gara Faris. aku rasa sungguh bersalah dengan Hakim. sudah hampir dua minggu aku tidak berjumpa dengan Hakim. baru tiga hari lepas dia meminta aku meluangkan masa bersama. katanya ada perkara yang ingin diberitahu. tengok-tengok, si Faris pula buat hal. memang mengada!
"tak nak makan, cakap jelah tak nak," kedengaran suara Faris tegang. mungkin sudah lama memerhati riak wajahku yang seperti kebosanan dan tanpa rela mengikutinya. biar padan muka. "dah memang tak nak pun. ada i kata nak makan dengan you?" jawabku selamba, seperti dia tadi. dia merengus marah. wajahnya berubah merah. "you sengaja nak bagi i marah kan?" tanya Faris. aku ketawa sinis. hai.. siapa yang patut marah ni? aku ke dia? 

"sudahlah, cepat makan. i nak balik!" kataku pantas. "sudahlah, lain kali cakap je awal-awal tak nak keluar dengan i! " Faris terus menolak pinggannya yang masih bersisa nasi dan melangkah ke kaunter pembayaran. aku terkebil-kebil. terkejut dengan reaksinya. Faris memang begini. dari dahulu lagi! cepat marah, cepat terasa! siapa yang patut marah sekarang ni? bukankah aku??
dengan hati yang bungkal, aku bangun dan terus melangkah ke kereta Nissan Murano milik Faris. dia sudah siap menghidupkan enjin. masuk sahaja ke dalam kereta, dia terus memecut laju. "kalau you nak mati, you drop i kat sini, sebab i tak nak mati lagi!" jeritku marah. Faris mendengus. kelajuan dikawal semula. memang bodoh! aku dah la tak kahwin lagi! marahku dalam hati. 

aku dapat merasai bahang kemarahan di antara kami. biarkan! aku memang mahu biarkan. padan dengan mukanya! sampai sahaja di paking lot, aku keluar dari kereta dan meniggalkannya yang masih terkial-kial membuka tali pinggal keledar. kasut tumit tinggiku berbunyi kuat dek kerana hentakan kakiku yang kuat. geram! aku melangkah dan melangkah laju . tiba-tiba, tanganku disambar dari belakang betul-betul di hadapan pintu lif. "Amni, please? i'm sorry.." kata Faris. aku menarik tangan pantas. "you jangan pandai-pandai nak pegang-pegang i okay? and lagi satu, tak payah nak sibuk mengatur hidup i macam dulu!" marahku. mataku mencerlung ke dalam anak matanya yang redup tiba-tiba itu. 
Hakim pun tidak pernah menyentuh aku! Faris memang berani. " okay, i minta maaf!" jawab Faris perlahan. pintu lif terbuka. beberapa pasang mata melihat aksi kami yang tegang. aku terus masuk ke dalam lif tanpa menghiraukan Faris yang membuntuti langkah. biar padan muka Faris!

No comments:

Post a Comment