Thursday 17 November 2011

Bertimbun-timbun.. melaut-laut..

AKU menyelak-nyelak dokumen yang difailkan satu persatu. sakit kepalaku dibuatnya. gila betul! banyak sungguh dokumen di atas mejaku untuk disemak! bertimbun-timbun! melaut-laut! sampai sudah tak nampak lagi meja dibuatnya! beginilah jadinya kalau cuti dua hari. haih.. aku melepaskan nafas berat. beban sungguh. segera jari-jemariku menyelak kertas-kertas yang berada di atas mejaku.


"Amni? datang bilik sekejap," panggil Datuk melalui interkom. apalagi pulak Datuk Omar ni nak? aduhh... sudahlah kerja belambak lagi ni. aku mengeluh. "okay, datuk." jawabku dan terus bangun melangkah ke bilik Datuk Omar. tanganku terus memulas tombol pintu selepas mengetuk beberapa kali. "Yes, Datuk? anything?" tanyaku sambil berdiri tegak. dalam hati, cepatlah. aku nak siapkan kerja tu! kata hatiku. "duduk sekejap," pelawa Datuk. aku pun duduk. terpaksa. "kenapa Datuk?" tanyaku.



"ni, saya nak bagitahu awak, anak saya yang ambil master di Oxford tu dah nak balik. saya ingat nak minta dia gantikan tempat saya nanti. apa pendapat awak?" tanya Datuk Omar. eh, apasal pulak Datuk ni tanya aku? walaupun hubungan kami rapat sebagai pekerja dan majikan, namun, tidak pernah dia bertanyakan pendapatku begini. "erm.. terpulang pada Datuk. mungkin dah tiba masanya," kataku menyokong. Datuk Omar mengangguk-angguk. lalau, dia tersengih sebentar. "dalam tiga minggu lagi dia baliklah tu. nanti saya perkenalkan pada syarikat. kerja macam mana? projek Kencana Sdn Bhd macam mana?" tanya Datuk.
"ok, Datuk. baru hantar proposal semalam," jawabku.
"baguslah kalau macam tu. okaylah, awak boleh sambung kerja wak. "


lega! terus aku melangkah laju ke bilikku untuk menyiapkan tugas yang tertangguh.bukan senang bekerja sebagai seorang jurutera kanan syarikat. sudah lima bulan aku dinaikkan pangkat. bahana sungguh. apabila aku mengeluh, mulalah ibu marah-marah. katanya itu rezeki. jangan banyak mengeluh sangat! aku hanya bisa diam.


bukan aku tidak bersyukur apabila dinaikkan pangkat. tapi kadangkala, aku lebih gembira menjadi jurutera biasa. tak perlu susah-susah ke sana ke sini, dengan menghadap dokumen lah, nak semak itu ini, pening kepala! tambah pulak dengan Aizat , si ketua jurutera syarikat tu selalu sahaja melimpahkan aku dengan kerja yang banyak. mentang-mentanglah dia ketua! benci tau!

dalam usiaku yang sudah 28 tahun ini, aku rasa bersyukur kerana sudah memiliki kerjayaku sendiri. malah, aku mampu membeli rumah dan kereta sendiri. along pula sentiasa ada di belakang untuk menyokongku. begitu juga ibu. walaupun sudah lima tahun ayah pergi meninggalkan kami, namun, aku dan along sedaya upaya cuba membahagiakan ibu. aku tahu, itu satu tanggungjawab. dan disebabkan kerja yang bertimbun ini jugalah yang membuatkan aku sentiasa sibuk sampai kadangkala tiada masa untuk diri sendiri.

"bila kamu nak kahwin? umur dah banyak. esok tak boleh beranak baru tahu!" ibu memberi amaran. takut juga bila memikirkan. alah,, belum sampai serulah tu! itu sahaja jawapan yang kuberi kepada ibuku kalau soalan begitu yang dilontarkan kepadaku.

SAMPAI di rumah, aku terus mandi dan solat. kemudian, berbaring di atas katil. seketika, handphoneku berdering. tanda ada seseorang yang memanggil. nama kawan baikku yang gila itu sudh memanggil. eleh, aku pun sama gila juga. kalau tak, macam mana aku boleh melayan dia? aku tersengih dan menjawab panggilan.

"hey, apasal kau lambat angkat??" tanya Hakim di hujung talian. aku tergelak seketika.
"kau ni sibuklah HAkim. aku baru je balik kerja, dah mengacau!" usikku.
"ok, aku ngacau. bye.."
aku tergelak lagi , berguling-guling di atas kaltil. aku tahu dia takkan menamatkan talian. sengaja mengada.
"okay..okay. tell me, kenapa pulak ni?" tanyaku.
"kat rumah ni hah.. bosan betullah! ummi tu asyik tanya bila nak kahwin je!" kedengaran dia mendengus.
"dah tu, call aku buat apa?" aku ketawa sekali. sama problem nampaknya!
"yelah, baik call kau daripada jawab soalan ummi aku tu. eh, kau bila nak kahwin?" tanya Hakim pula.

aku mengerut dahi.

"tanya aku pasal apa?" kataku.
"kau tu dah tua.. kenalah tanya." dia pula ketawa.
"gila!"
 kataku seraya ketawa bersama Hakim. haih.. bilalah semua ini akan berakhir?  kasihan kami berdua. masalah yang sama! cuma dia, lebih teruk. umminya suka memadankan dirinya dengan sepupunya.

"esok lunch sama-sama , jum? aku dah bosan makan dengan si Fikri tu je. boring ngadap muka dia.." pelawa Hakim.
"laa..okaylah tu, ada jugak si Fikri tu teman. aku okay je. kau jemput?" tanyaku.
"yelah, Fikri tu balik-balik cerita hal bini dia tu mentang-mentang baru kahwin! okay, aku ambik kau waktu lunch nanti." jawab Hakim.
"kau cemburu eh, Hakim? dengar pasal kawan kau tu dah kahwin? tulah..aku suruh kau terima je si Fira tu tak nak!" aku sengaja mengacah.
"eiyy tak nak!" katanya.
"habis tu nak siapa?" usikku. lawak!
"nak..kau!" dia ketawa besar selepas itu. aku pun! memang gila. tak boleh serius. akhirnya, kami mengambil keputusan utnuk lunch bersama pada hari esok.


No comments:

Post a Comment