Thursday 17 November 2011

anak bos la sgt..

PAGI itu, aku terbangun lewat. subuh pun  terlepas. haih. kelam kabut dibuatnya. nasib baik baju untuk ke tempat kerja sudh digosok siap-siap malam semalam. aduh.. apelah aku buat ni. tu lah! malam tadi, bergayut lagi dengan Sarah dan Liyana! alahh.. sebenarnnya yang paling lama dengan Hakim! tergelak punya tergelak bersembang dengan dia, sampai jam sudah ke pukul 3 pagi pun masih berjaga! memang kerja gila!

Kereta kupandu laju. aku berharap agar aku dapat sampai dengan segera. nak tahu kenapa? sebab... hari ni, bos baru tu akan datang! alah.. anak Datuk Omar la. apa pulak komennya nanti melihatkan jurutera kanan syarikat datnag lewat ke pejabat. dah la perempuan pula tu! mampus la nanti kalau kena kutuk! aku mendesah di dalam hati. sampai sahaja di dalam pejabat, aku lihat, semua pekerja sudah berada di tempat masing-msing. eh.. kata nak welcome anak bos? aku tertanya-tanya sendiri. namun, tidak pula aku bertanya kepada sesiapa. aku terus meluru masuk ke dalam bilikku dan lampu dipasang. handbag Alain Delon diletakkan di suatu sudut. kebiasaanku apabila sampai ke pejabat, pasti aku akan terus ke pantri membancuh nestum. lantas, aku ambil satu daripada paket nestum dan kukacau dengan sedikit air panas. sedang aku leka mengacau , melayani bunyi dentingan sudu yang berlaga dengan cawan, satu suara menyapa. terkejut aku!

 

 
"pagi-pagi lagi dah ke pantry?" tegurnya. nadanya seperti sangat tegang. seperti tak berpuas hati. apa masalah mamat ni? dah la kenal pun tak! nak kata despatch boy, tak mungkin! berkemeja kemain! siapa ye? aku terus mengangkat kening dan mengalihkan pandanganku ke arahnya. "kenapa?" tanya dia. eh! aku pulak yang ditanya kenapa?? patutnya aku lah yang tanya!!!

"nothing much!" jawabku selamba. "apa yang nothing much?" terus dia pula menghalakan anak matanya ke arahku. baru aku dapat lihat wajahnya. seketika aku terpana. tapi, masih bisa aku tahan perasaan ini. matanya juga membulat. aku buat tidak tahu sahaja. sungguh selamba. "ha.. sini pun you! penat i cari! masuk bilik i sekejap lagi!" perintah Aizat, ketua jurutera ke arahku. dia pula masuk tiba-tiba. aku mengangguk sahaja dan terus meninggalkan jejaka itu. gila!



"weyh, Amni? Datuk suruh kau masuk bilik dia kejap," panggil Farhana selepas terjengul mukanya di muka pintu bilikku. terus aku meluru ke arah bilik Datuk. beberapa fail aku bawa sekali. ada beberapa hal yang perlu kutunjukkan kepada Datuk. elok sangatlah dah dia memanggil aku. pintu kuketuk dan terus masuk. aku lihat Datuk duduk di atas sofa bersama dengan seorang lelaki. jejaka tadi. aku buat biasa. cuba untuk berdiri betul. "let me introduce to you, Faris. this is engineer kanan papa, Nurul Amni. Amni, kenalkan, ni lah anak saya yang baru balik tu. esok dia take over," ujar Datuk Omar. aku terkebil-kebil sebenarnya namun masih berlagak biasa. ego! kenapa aku perlu ego? hmmh. ade lah. mana boleh bagi tahu!

Faris tersenyum ke arahku. aku tak tahu apa maksud senyumannya cuma aku membalasnya tawar. "okay, Datuk. is that all?" tanyaku. langsung tidak menunjukkan rasa ingin tahu terhadap bakal bosku. Datuk mengangkat kening. " kenapa berdiri Amni? duduklah. see.. you got lots of files with you," tegur Faris. eh, sibuknya dia ni. aku pun melabuhkan punggung di hadapan Datuk.
"Datuk, tadi Aizat dah periksa. dia kata okay semuanya. boleh la proceed. so, memandangkan Kencana Sdn Bhd tu best friend Datuk, kut-kut la Datuk sendiri nak tunjukkan semua ni pada mereka," tenang aku memberi cadangan. "oh.. erm. good idea. why not kan. boleh juga. saya pergi dengan Faris lah kalau macam tu. since dia nak take over dah," ujar Datuk. aku mengangguk. suka hati lah Datuk. kataku dalam hati.

"papa? why not Along pergi dengan Amni je? kan bagus, boleh kami tahu macam mana nak bekerjasama nanti bila Faris take over," cadang Faris. aku tersentak. "kenapa tak pergi je dengan Aizat? dia kan ketua engineer.. lagi bagus pergi dengan dia," celahku.

Faris menggeleng. "nope.. since Aizat selalu suruh you yang buat kerja kan? so, better we go together," tekan Faris. Aku melihat Datuk seketika. namun, hampa. Dauk cuma tersengih. haih.. habislah aku kali ni...

"hmmhh.. up to you lah Encik Faris. saya keluar dulu ya, Datuk?" aku terus mengakhirkan perbualan. Datuk mengangguk.

FAIL-fail yang kubawa, kuhempas di atas meja. habis meja berselerak dengan fail. mengada! kenapa dia?? fikiranku mula runsing! hatiku bergetar hebat. marah, ya, memang aku marah. baru beberapa jam kat sini,dah mengarah itu in. ni semua sebab nak balas dendam ke? bukan patutnya aku ke yang patut balas dendam pada dia? aku duduk dengan muka yang masam mencuka. aku rasa, orang makan cuka pun wajahnya tak semasam wajahku sekarang. pen ditangan aku hentak-hentakkan. geram! ahh.. tak dapat orangnye, pen ni un jadilah untuk lepas geram!


 "come in," jawabku mals-malas apbila kedengaran pintu bilik diketuk. aku cuma perlukan masa untuk bersendirian saat ini. tapi, dah ada orang menyibuk pula! heh! mamat ni lagi?

"marah?" tanya Faris. aku tersenyum. tak berkata sepatah apa.
"so, pukul berapa nak pergi?" tanya Faris. selamba dia duduk di hadapanku.
"pergi mana?" tanyaku.
"jumpa orang di Kencana tu.." jawab Faris. matanya sengaja ditikam ke dalam anak mataku. aku berpaling ke tempat lain. malas melayan.
"i tak nak pergi," tegas aku katakan.
"nope.. you have to," jawab Faris pula.
"why me? pergi dengan Aizat lagi baik!" ujarku acuh tak acuh.
"why pulak?" tanya Faris pula. eiiyy.. dia ni!
"sebab Aizat leader. i bukan siapa-siapa," marahku.
"lagi?" tanya dia lagi. aku merengus.
"markah paper engine Aizat lagi bagus daripada i," tekanku.
"mana you tahu? bukan markah paper you dulu hebat ke? Dean List tu!" katanya. aku mendengus. geram.

"sudah la Faris. nanti kalau nak pergi, i bagi tahu," kataku mengalah. malas nak berkata apa lagi. Faris tersenyum. "well, i'm gladto see you," ucap Faris.
i hate to see you! kataku dalam hati.

"whatever, you boleh out," ujarku tanpa memandangnya sedikit pun. kedengaran ketawa dari mulut Faris. "macam ni cakap dengan bakal bos?" terus dia keluar meninggalkan aku. aku menjeling diam.
"bila nak pergi ni? can't wait!" rupanya ada lagi mamat ni di pintu?? gila! "esok!" jawabku marah. dia tergelak dan berlalu.



"benci betul aku tau!" aku menjerit di luar rumah. Hakim yang sudah duduk di sebelah Toyota Harriernya tergelak. tapi seperti dibuat-buat. "pasal bos ke?" tanya Hakim. malam itu, Hakim menelefonku. katanya nak datang ke rumahku. bagus pun! banyak yang perlu aku luahkan! jadi dia pun datang ke rumah. ibu pun tak kisah kerana sudah biasa dengan Hakim. Hakimlah sahabat yang paling akrab sekali! namun, Hakim menolak apabila ibu menyuruhnya bersembang di dalam rumah. katanya biar di luar saja. "hmm.. anak bos tu lah.." dengusku. nak cerita ke tak ni? nak cerita ke tak? tanyaku dalam hati. "siapa?" tanya Hakim. aku diam. nak cerita ke tak hal yang sebenarnya?? aduh!

 

"aku tunggu ni. siapa?" tanya Hakim lagi. "anak bos tu la.." jawabku selamba. "yelah, tahu. kenapa? tua? muda? handsome tak daripada aku?" tanya Hakim seraya mengenyit mata. aku tergelak. "gila tanya macam tu!" terus aku membetulkan tudungku yang melintuk liuk ditiup bayu malam. kulihat Hakim menyilangkan tangannya dan terus bersandar lagi pada keretanya. anak matanya sukar aku lihat dalam kesamaran cahay lampu neon. "gatal!" kataku tiba-tiba.

"ha? gatal??" tanya hakim.
"bukan kau. anak bos tu. esok dia ada di pejabat. datuk tak ada dah," jawabku. dia mengangguk.
"dia ada hari-hari lepas ni?" tanya Hakim. nada seperti risau.
"yelah, take over maa.." jawabku pula.
kedengaran Hakim mengeluh. untuk apa, aku pun tidak pasti. "takpelah, kalau ada apa-apa dia buat, bagi tahu la aku, okay? aku nak balik lah. dah malam angat. nanti apa pulak orang kata kan?" ujar Hakim. aku tersenyum ke arahnya. "hmm.. okay. apa-apa, calling -calling eh? drive elok-elok," getusku. dia mengangguk dan terus masuk ke dalam perut kereta.



No comments:

Post a Comment