Friday 18 November 2011

Brownies.. nyum3!

HUJUNG minggu itu, Along dan keluarga datang menjenguk aku dan ibu. wajah Syafiqah, anak Along dan Kak Zaty ceria memeluk opahnya. ibu apalagi? memang dia sukakan budak-budak. mungkin aku mengikut perangai ibuku yang sukakan kanak-kanak itu. pantang nampak kanak-kanak, pasti hatiku terusik untuk melayan karenah mereka. kata Along, Syafiqah sudah mahu dapat adik baru. terlopong ibu mendengarnya aku memeluk Kak Zaty erat! dapatlah aku anak saudara baru! taklah sunyi sangat memandangkan aku anak bongsu dalam keluarga.


selepas bermain dengan Syafiqah, aku menjenguk ke dapur untuk membantu ibu dan Kak Zaty. katanya mahu membuat kek Chocolate Brownies. eh, itukan kesukaan Hakim! aku tergelak dalam hati. Kak Zaty sekadar membancuh adunan dan selebihnya aku dan ibu yang menyediakan. maklumlah, Kak Zaty kan dah nak jadi ibu lagi! "ni lah Zaty, bakal anak dara tua!" tempek ibu. berlepek je bunyinya! aku terdiam. akulah tu! nak mengata akulah tu! "ish..ibu ni.. ada tu nanti.." kata Kak Zaty. aku tersengih. ibu menjeling.


"bila nak adanya? dah kerja je memanjang! tak reti bersosial!" kata ibu. eh, adalah ibu! jawabku dalam hati. "laaa.. janganlah macam tu, Amni? nanti susah la nak jumpa jodoh kalau macam tu!" tegur Kak Zaty. Kak Zaty juga seorang doktor seperti Along. mereka berkenaan pun melalui kawan baik Along, Abang Saiful. "ade je ibu ni nak kenakan Amni tau! Amni ada la keluar dengan kawan-kawan!" aku mula merengek.

"keluar setakat dengan Liyana dengan Sarah tu.. macam mana kamu nak kahwin dengan deme , Amni oii??" tanya ibu. Kak Zaty tergelak. aku mendengus. "elehh. ada je Amni keluar dengan laki. Hakim tu.." jawabku lagi.


"Hakim macam mana?" tanya Kak Zaty. "dia okay je. ummi dia sekarang pun bising suruh dia kahwin macam ibu suruh Amni kahwin!" jawabku. perli! "elok sangatlah tu! sama je dua orang! elok dipadankan je deme dua orang ni!" ibu mengusik pula. "eiiyy.. ibu ni!" aku merengek. "okay jugak kan, ibu? Hakim tu pun engineer jugak!" usik Kak Zatty. ibu tergelak suka. aku merengus dan keluar dari dapur. "tengok tu! dia lari pulak!" kedengaran ibu menjerit. aku buat diam je.

"BILA finish bake , ibu?" tanya Along. "lagi setengah jam siap lah tu.." kata ibu. aku diam di sisi Along. merajuk dengan ibu!
"hah, Amni! dulu kata Hakim sukakan kek tu, ajak lah dia datang makan. tak sampai hati pulak ibu tak bagi dia merasa sikit kek tu!" kata ibu. "tu nak perli lah tu!" marahku lagi. merajuk!
"eh, marah pulak! ibu cakap betul-betul ni. bukan pasal tadi! dah, pergi call dia!" tekan ibu. aku tersengih. "okay, Amni call Hakim! " aku terus bangun.


HAKIM datang setengah jam selepas itu. Along leka bersembang dengan Hakim. maklumlah, sudah lama mereka tidak bertemu. Syafiqah sudah sibuk di atas kerusi meja makan. siap dengan sudu lagi di tangannya! ibu, Kak Zaty dan aku pula, sibuk meletakkan cake chocolate brownies yang telah siap dan juga spaghetti bolognies yang aku sediakan. Kak Zaty pula membancuh minuman. sudah siap segalanya di atas meja makan, apalagi? semua mengambil tempat masing-masing.


"lama dah tak rasa kek mak cik ni!" seloroh Hakim. ibu rersengih. "tulah yang panggil Hakim tu! Amni ni bukan ingat nak bagi tahu Hakim!" ibu pula mengenakan aku. bulat mataku memandang ibu. Hakim pula membulatkan matanya kepadaku! seketika, kami semua ketawa! "Hakim? aku dah nak dapat anak saudara baru tau!" ujarku . Hakim seperti terkejut. "serious? Kak Zaty nak ada baby ke?" tanya Hakim yang santai memakai t shirt merah dengan seluar jeans Edwinnya. Kak Zaty mengangguk. "congrats!" ucap Hakim dan menyuap sedikit spaghetti ke dalam mulutnya. aku tersenyum. "tu lah, Hakim! Along dah kata, tak rugi kahwin! ape lagi? kahwinlah!" usik Along. alamak... bila tiba je bab ni, aku mesti kena tempias sat lagi! adess! ibu pula mula bersuara.



"hmm.. budak sekarang. disuruh kahwin tak nak. tengok je la anak orang. anak sendiri tak keluar-keluar," bebel ibu. sudah! habislah! kalau ibu dah bukak mulut.. memang takkan dapat lari. panas la telingaku nanti. Hakim terkebil-kebil memandangku. aku menjungkit bahu. "tak sampai seru lagi, mak cik!" jawab Hakim sambil terkekeh. aku ketawa. itu jawapan yang aku sering beri kepada ibu! pasti ibu bengang! "eloklah tu, sama je dengan jawapan si Amni. eloknya, kome berdua ni yang dinikahkan!" seloroh ibu. gulp! Hakim terus memandangku. aku melarikan pandangan. "haah, bu. elok jugak! Hakim tak nampak ke Amni yang cantik tu?" usik Along. Hakim tersengih seperti kerang busuk. aku minum dengan rakus. malas nak layan kalau gurauan macam ni. memanglah gila!

"cantik ek, along?" tanya Hakim dan terus menatap wajahu. wajahku merona merah. "cantik la, ape tak cantiknya?" seloroh along lagi dan ibu, Kak Zaty serta Syafiqah tergelak suka. aku menjeling. "enough! merepek betul!" kataku.


"tu, dia dah jeling tu, Along! sat lagi susah la nak pujuk tu!" usik Hakim. Along ketawa. "takpe.. sat lagi pergi pujuk. sekarang makan!" kata Along. aku rasa dah panas punggung duduk dengan mereka ini. aku terus bangun meninggalkan mereka yang ketawa dengan gelagatku. "menyampah!" jeritku manja.

No comments:

Post a Comment