Thursday 17 November 2011

makan-makan..


USAI menyiapkan separuh daripada kerja-kerjaku di pejabat, aku terus turun ke lobi tepat pukul dua belas setengah tengah hari. jam di pergelangan tangan kukerling seketika. lalu, anak mataku mencari-cari kelibat Hakim. mana pulak dia ni? aku mengeluh. perutku sudah berdondang sayang. maklumlah, terlepas sarapan pagi tadi.

 
seketika, satu kelibat melambai-lambai ke arahku. Hakim! aku tersenyum lalu melangkah laju ke arahnya. berdetak bunyi tumit tinggiku. "amboi.. lajunye. dah tak sabar jumpa?" usik Hakim. dia memang selalu begitu. gemar mengusikku. "elehh.. bukan sebab tak sabar jumpa kau. aku dah lapar tahu tak?" omelku. kami menaiki kereta Toyota Harrier milik Hakim. "okay, sorry i was late a bit. tadi ada orang nak jumpa. tu yang lama sikit tu.." katanya.

"siapa?" tanyaku sekadar berbasa-basi. aku menahan kelaparanku . asyik berbunyi je perut ni. ish!
"adalah.." katanya seperti mahu merahsiakan sesuatu. aku tersenyum seperti dapat mengagak siapa.
"Fira eh?" kataku dan terus tergelak kecil
"hmm..dah tahu tak payah tanya.." katanya lagi.

kemudian, kami terus keluar dari perut kereta setibanya di sebuah restoran yang berdekatan dengan Greentown. Restoran Simpang Tiga. masuk sahaja, kami terus mengambil tempat dan mengambil makanan. makan nasi campur. aku lihat Hakim mengambil sedikit ulam-ulaman dan sambal. jaga badan lah sangat! aku tergelak kecil di dalam hati.

"Fira ajak aku lunch tadi tau!" khabarnya. "serious? apasal tak pergi je dengan dia? kalau ummi kau tahu, mesti dia suruh kau makan dengan dia, weyh!" dugaku. "laaa.. berapa banyak kali should i tell you? rimas dengan Fira tu! dah la mengada-ngada. ada ke ummi kata dia tu manja?? itu bukan manja, tapi mengada je lebih! nak makan tempat mewah-mewah je. boring!" keluh Hakim panjang-panjang. aku geleng kepala. "makan dengan kau kan senang! kat mana pun boleh!" kemudian dia ketawa. aku menjeling. lagilah kuat ketawanya. kalau setakat makan di tempat mewah-mewah, Hakim memang lebih daripada mampu aku rasa. yelah, bekerja sebagai engineer di syarikat bapanya, sudah pasti gajinya lebih tinggi daripadaku. sebenarnya, itu cuma alasan Hakim semata-mata untuk mengelak daripada Fira.

"macam-macamlah alasan kau. macamlah kau boleh lari daripada hajat ummi kau tu. kau pun tahu kan Fira tu pun memang sukakan kau? jangan nak lari sangat la Hakim oii!" usikku lagi. dia mendengus. kemudian menyambung makan. " stop talking about her. muak!" katanya. aku tergelak kecil. "yelah..makan !" kataku.


"so... how's work, miss engineer?" tanya Hakim menukat topik.
"bertimbun-timbun. kalau kau muak dengan Fira, aku muak dengan fail-fail tu!" omelku . aku mengeluh.
"elehh..okaylah tu, dah jadi jurutera kanan! kejap je dah naik pangkat! aku ni..tak naik apa pun.." katanya. aku tersenyum. "hari tu, Datuk ada cakap, anak dia dah nak balik," kataku sengaja memberitahu. "hah? siapa?" tanya Hakim seperti benar-benar ingin tahu. "anak dia yang ambil master kat London tu. lagi dua minggu lebih macam tu, dia take over tempat Datuk.." ajuku lagi. Hakim kelihatan mengangguk-angguk. "dah kahwin belum?" itu pula yang ditanya Hakim! aku tergelak!
 
"dalam banyak-banyak soalan yang kau boleh tanya, why that question??" tanyaku sengaja. dia menjungkit bahu. "manalah aku tahu. rasanya tak kahwin lagi kut. entah!" kataku akhirnya.
"jaga-jaga sikit!" serius Hakim mengingatkan.
"hey? why tiba-tiba ni?" tanyaku.
"yelah.. kut-kut melekat.." ujar Hakim tidak memandangku. aku segera menyambung.. "kut-kut melekat dengan dia, apa salahnya pun! aku pun tak kahwin lagi!" terus aku ketawa terbahak-bahak.

bulat mata Hakim memandangku. "dapatlah aku makan nasi minyak kau nanti kan?" dia pula terkekeh-kekeh ketawa. "jangan risau. nanti aku send kad kahwin kat kau. kau orang pertama!" selorohku lagi. dia ketawa. "gatal!" katanya.
"you started it!" kataku. kemudian kami tersengih-sengih dan meneruskan makan.

No comments:

Post a Comment